Thursday, February 17, 2011

JURNAL KEDUA

Identification of Cognitive Processes of Effective and Ineffective Students During Computer Programming
V. G. RENUMOL, DHARANIPRAGADA JANAKIRAM, and S. JAYAPRAKASH Indian Institute of Technology Madras

Pengaturcaraan melibatkan interaksi yang lebih rendah dan keperluan proses kognitif (CPs) lebih tinggi dan memerlukan pelbagai kemahiran kognitif, di mana ia menambah beban pemprosesan di otak dan membuat proses pengaturcaraan yang sukar dan kompleks bagi proses belajar dan berlatih. Keputusan kajian ini dapat memberikan pengetahuan yang lebih
kepada guru pada aspek kognitif pengaturcaraan dan perilaku kognitif pelajar semasa proses pembelajaran pengaturcaraan komputer.

-          Pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan komputer merupakan salah satu cabaran dalam pendidikan komputer [McGettrick et al. 2005]. Pelbagai kajian telah dijalankan mengenai isu serta strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus pengaturcaraan, kesukaran dalam pembelajaran bahasa pengaturcaraan dan  alatan  interaktif multimedia dapat membantu pelajar dalam mempelajari pengaturcaraan.
-          Kajian yang dijalankan ini juga adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kcekapan dalam pendidikan pengaturcaraan komputer. Walau bagaimanapun, kefahaman yang mendalam dalam kelakuan kognitif di kalangan pelajar ketika proses pengaturcaraan dan dapat membantu guru untuk meningkatkan strategi kemahiran pedagogi.
-          Pelajar yang efektif mampu mengatasi kesulitan belajar mereka dengan usaha yang berterusan dan boleh menulis program komputer dengan jayanya, sedangkan pelajar yang tidak efektif  tidak boleh menulis dengan betul program komputer  dan memerlukan usaha yang lebih dan sokongan untuk belajar. Oleh yang demikian, kategori pelajar sedemikian diteliti dari segi perspektif kognitif melalui Verbal Protocol Analysis (VPA).


Sebahagian besar dari kesulitan yang disenaraikan oleh pelajar dalam tinjauan dapat dipetakan ke salah satu enam peringkat kognitif Taksonomi Bloom (BT) pada domain kognitif [Bloom et. al 1956]: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.  Domain afektif dan psikomotorik merupakan masalah domain/utama yang disenaraikan oleh pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran kognitif pelajar perlu diperkuatkan di ke semua peringkat untuk meningkatkan keberkesanan dalam kursus pengaturcaraan komputer. Penelitian ini juga membantu mengenalpasti beberapa dengan proses kognitif (CPs), iaitu menghafal, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian yang terlibat dalam proses pengaturcaraan.
            Oleh yang demikian, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, operasi kognitif ini merupakan aktitviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
            Pembelajaran dalam derfikir secara kognitif ini mempunyai beberapa ciri, sebagai contoh pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau obejktif tertentu dan bukannya aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja. Contohnya adalah seperti pembangunan sistem yang dibangunkan oleh pengaturcara. Sebuah sistem tidak boleh dibangunkan begitu sahaja tanpa adanya objektif yang perlu dicapai serta proses-proses untuk membangunkannya. Seperti yang sedia maklum, pembelajaran juga merupakan sesuatu pemprosesan maklumat di dalam sekitar. Proses untuk mendapatkan maklumat ini memerlukan kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan berguna.

No comments:

Post a Comment