Sunday, March 27, 2011

TUGASAN 2: ULASAN BUKU


ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Aplikasi kognitif dalam pendidikan oleh Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya,  dan Fawziah Yahya. 2005. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 347 halaman. Mengandungi indeks, Bibliografi : ms.292, ISBN 983-3376-01-0


SINOPSIS

                    Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah serta para pelajar yang mengajar kursus psikologi pndidikan serta yang ingin belajar mengenai ilmu psikologi dalam pendidikan. Buku setebal 347 muka surat ini dibahagikan kepada 14 bab.
                    Bagi buku ini, ia dimulai dengan saranan konsep pembelajaran sebagai bab 1 yang hendak dikendalikan iaitu faktor kebimbangan, faktor kebangkitan, perhatian, sikap, gaya kognitif atau gaya pembelajaran pelajar, mengimbas, meratakan lawan menajamkan, refleksi lawan impulsif, pembezaan konseptual, kreativiti, maklum balas dan pengukuhan, imageri, strategi pembelajaran, skema, urutan arahan atau pengajaran, taksonomi, pemindahan, lokus kawalan, konsep kognitif, Teori Gestalt, Pengkategorian, Makna, Psikolinguistik, Persepsi atau pemahaman, Teori Kematangan Kognitif Piaget, Perspektif psikologi Kognitif dalam Pembelajaran dan kesimpulan bagi keseluruhan subtopik tersebut.
                    Bab dua tertumpu kepada Teori Kognitif Fleksibiliti yang mana menerangkan apa itu teori fleksibiliti, ciri-ciri Teori Kognitif Fleksibiliti, Prinsip-prinsip Utama Teori Kognitif Fleksibiliti , Kepentingan Teori Kognitif Fleksibiliti, aplikasi Teori Kognitif Fleksibiliti, Implikasi Teori Kognitif Fleksibiliti dan kesimpulan keseluruhan subtopik yang dijelaskan.   
                     Bab 3 menyentuh mengenai Teori Ketidakserasian Kognitif, termasuk pendedahan pada maklumat yang selaras dan bercanggah, sokongan sosial, Perkembanganteori Ketidakserasian Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran, kritikan ke atas Teori Kognitif Ketidakserasian dan rumusan daripada tajuk kecil tersebut.
                    Bab 4 menceritakan mengenai Teori Perkembangan Kognitif. Antara penjelasan yang diberikan adalah definisi Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Ketekalan Kognitif, Teori Keseimbangan, Teori Kongruiti, Teori Ketekalan Kesamaratan, Teori Perspesi Diri dan terakhir sekali ialah kesimpulan keseluruhan subtopik.  
                    Bab 5 pula menjelaskan mengenai Gaya Kognitif yang mana Sejarah Psikologi Kognitif diterangkan dengan lebih jelas. Selain daripada itu juga ialah definisi Psikologi Kognitif, Definisi Gaya Kognitif, Sejarah Kemunculan gaya Kognitif Field Independent dan Field Dependent, Ciri-ciri Gaya Kognitif Field Independent dan Field Dependent, Proses Pengajaran dan Pembelajaran gaya Kognitif FI dan FD. Seterusnya ialah Konseptual Tempo, Kepelbagaian gaya Kognitif, Hemisfera Otak dan terakhir sekali adalah kesimpulan bagi menyimpulkan secara keseluruhan topik dalam bab ini. 
                    Bab 6 pula menerangkan mengenai Pengamatan iaitu menjelaskan definisi pengamatan, Proses Pengamatan, Penghalang Proses Pengamatan, Jenis-jenis Pengamatan serta Ciri-ciri Pengamatan. Seterusnya ialah penerangan bagi Teori Gestalt, Hukum Pragnanz. Faktor yang mempengaruhi Rangsangan Pengamatan juga diterangkan beserta dengan Cara meningkatkan Kebolehan Pengamatan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diakhiri dengan kesimpulan bagi semua subtopik berkenaan.   
                    Bab 7 pula menerangkan mengenai Kecerdasan yang diusuli dengan Kepercayaan pada Kecerdasan dan Pengetahuan, Ragam Kecerdasan yang Luas, pengukuran dan Ujian Kecerdasan. Selain daripada itu topik kecil yang lain pula ialah kecerdasan emosi, Peranan Keluarga dalam membentuk Kecerdasan emosi dan diakhiri dengan kesimpulan. 
                    Bab 8 menjuruskan kepada Ingatan yang merangkan Definisi ingatan, Kajian yang Berkaitan dengan Ingatan, Ciri-ciri Semulajadi Ingatan, kateori Ingatan, Jenis-jenis Ingatan, Ingatan dan Jangka Masa, Proses Daya Ingatan. Selain daripada itu juga turut menerangkan mengenai teknik iaitu Teknik Mengingat dan Teknik Mengutakan Ingatan. Topik seterusnya ialah Lupaan yang didahului dengan definisi Lupaan, Patalogi yang berkaitan dengan Ingatan, Jenis-jenis Lupaan, Faktor-faktor yang Mempengaruhi Lupaan, Cara-cara Meningkatkan Ingatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran dan kesimpulan bagi semua topik kecil.
                    Bab 9 menjurus kepada Penumpuan yang dimulai dengan definisi Penumpuan, Kajian terhadap Penumpuan, Asas Biologi Penumpuan, Faktor Utama yang Mempengaruhi Penumpuan. Penumpuan dan Automatik turut diterangkan dan diusuli dengan Jenis Penumpuan yang terlibat, Model-model Penumpuan, Ringkasan mengenai Penumpuan, Kaitan Penumpuan dalam Pembelajaran dan diakhiri dengan Kesimpulan.   
                    Bab 10 tertumpu kepada Pemikiran kritis yang menerangkan mengenai definisi iaitu pemikiran. Selain daripada itu juga turut menjelaskan mengenai Proses Berfikir, Pemikiran Kritis, Ciri-ciri pemikiran Kritis, Standard pemikiran Kritis, Halangan kepada Pemikiran Kritis, Sistem Soalan yang Menggalakkan Pemikiran Kritis. Seterusnya bab ini turut menjelaskan mengenai Kaitan Pemikiran Kritis dengan Kecerdasan dan diakhiri dengan Kesimpulan.   
                    Bab 11 tentang Penyelesaian Masalah dalam psikologi Pendidikan. Pendpat ahli Psikologi Secara Umum serta Pendapat tokoh Psikologi dan Hasil kajian dijelaskan dengan lebih terperinci. Seterusnya menerangkan mengenai Penyelesaian Masalah, Jenis-jenis Masalah, Langkah-langkah Penyelesaian Masalah. Selain daripada itu juga,  Pemikiran dan Penyelesaian Masalah serta Jenis-jenis Pemikiran diterangkan dengan lebih terperinci.
                    Bagi Bab 12 pula, ia memberi penegasan kepada minda dan otak yang mana dijelaskan tentang Definisi Otak, Struktur, bahagian dan Funsgi Otak, Makanan dan Pemakanan Otak. Penjelasan mengenai Konsep Minda serta Perbezaan Otak dan Minda turut diperincikan dan diakhiri dengan kesimpulan.  
                    Seterusnya pula ialah Bab 13 memperincikan mengenai topik Dunia Sosial dalam Perkembangan Kognisi yang didahului dengan Latar belakang Keluarga, seterusnya ialah Bentuk Keluarga, Saiz Keluarga, taraf Sosioekonomi, Taraf Pendidikan Ibu Bapa, Suasana Rumah, Sikap Ibu Bapa, diikuti dengan Kepimpinan Ibu Bapa. Manakala subtopik seterusnya pula ialah mengenai Penerimaan Pendidikan di Sekolah yang mana Peranan Guru dalam Proses Perkembangan Kognitif Pelajar ditititberatkan. Begitu juga dengan Pengaruh Rakan Sebaya, Pengaruh Masyarakat dan Sosiobudaya serta Media Massa. Cara Merangsang Perkembangan Kognitif juga turut dijelaskan untuk kefahaman pembaca dan seperti biasa akan diakhiri dengan Kesimpulan
                    Bagi Bab 14 pula, ia menjelaskan mengenai subtopik Emosi dan Perkembangannya iaitu penerangan terhadap apa itu Teori Emosi, Perkembangan Emosi. Faktor Genetik, Persekitaran, Pemakanan Semasa Pralahir serta Pencemaran turut diperincikan dengan lebih mendalam bagi pengetahuan semua pembaca dan  diakhiri dengan Kesimpulan kepada semua sub-sub topik yang telah dijelaskan dalam bab ini.
                    Buku ini turut menyediakan lampiran Bibliografi mengenai sumber-sumber penulisan yang digunakan serta Indeks untuk memudahkan pencarian pembaca mengenai sesuatu perkataan ataupun istilah yang ingin dicari secara lebih terperinci dengan mudah.     


Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan cara berfikir menggunakan pelbagai kefahaman dalam membuat keputusan. Dengan berfikir, segala masalah dalam hidup dapat diselesaikan dengan mudah. Buku ini juga membincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan. Faktor ini dapat digunakan oleg guru di dalam kelas seperti kaedah mneumonik, teknik chunking, teknik gabungan hurf pertama, teknik PQRST iaitu Preview, Question, Read, Self Recitation, Test.
                    Dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga menerangkan kepada pembaca bagaimana menggunakan pancaindera bagi meningkatkan kemahiran pengamatan. Ini termasuk menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di sampiny itu, buku ini boleh digunakan bagi membina pemikiran kritis. Antaranya, penekanan pengajaran bagi menyelesaikan masalah iaitu membincangkan isu-isu kritikal dan pemikiran logik.
                    Dari segi konsep kecerdasan pada peringkat sekolah, buku ini menumpukan cara menguji kecerdasan kognitif dan kecerdasan ruang linguistik, kecerdasan logikal-matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Bagi meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar, dalam pengajaran dan pembelajaran, beberapa panduan disediakan bagi membimbing pelajar supay mempertimbangkan beberapaaupun semasa faktor dalam proses pilihan atau membuat keputusan.
                    Buku aplikasi Kognitif dalam Pendidikan ini sesuai dibaca oleh guru-guru, kaunselor sekolah, ibu bapa, serta pelajar-pelajar pengajian tinggi yang mengambil mata pelajaran psikologi pendidikan dan juga bagi penggemar ilmu psikologi. Ini adalah menurut pendapat keempat-empat penulis buku ini.


Kesimpulan/ Rumusan Bagi Ke semua bab

Konsep pembelajaran adalah satu set konstruk konsep-kosnep dalam teori pembelajaan yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Ia adalah proses berterusan bagi individu mengasimilasikan, mengintegrasikan dan membezakan pengalaman dan maklumat baru. Perspektif kognitif pula menumpukan pada proses bagaimana individu membuat pengamatan, pemilihan dan organisasi, membentuk imej mental dan menaakul.
                    Pengetahuan serta pemhaman berkaitan dengan konsep pembelajaran dan perspektif kognitf penting bagi menyediakan peluang-peluang pembelajaran kepada para pelajar. Ia adalah sumber-sumber dan kemahiran yang mencerminkan cara individu memperoleh pengetahuan, memproses, mentafsir dan juga menggunakannya dalam kehidupan seharian. Ia juga memberi peluang kepada kita memahami pelbagai domain ilmu pengetahuan. Dan seterusnya ia membenarkan kita membuat penilaian, generalisasi dan pemilihan kaedah serta strategi pembelajaran yang bakal digunakan dalam kehidupan seharian.
                    Kaedah pengejaran yang dibentuk sebaik-baiknya berupaya memberi pelang kepada para pelajar supaya memberi peluang kepada para pelajar supaya memerhati, mecerap, melibatkan diri, meneroka dan menggunakan strategi dengan berkesan. Melalui kaedah penagajran yang berkesan, para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sertamaklumat baru ke dalam situasi dan persekitaran baru melalui proses pemindahan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran ditentukan apabila individu berupaya menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dan kehidupan seharian.
                    Manakala bagi Teori Kognitif Fleksibiliti menggalakkan penggunaan pelbagai cara dan pendekatan dalam menyelesaikan masalah. Teori ini menekankan kepentingan konteks dalam persekitaran pembelajaran yang fleksibel. Ia berkesan dalam bidang pengetahuan yang kompleks dan tidak berstruktur. Ini kerana, ia dapat meningkatkan keupyaan memindah dan mengaplikasikan pengetahuan. Teori Kognitif Flesibiliti membolehkan pelajar menstrukturkan semula pengetahuannnya secara spontan dan dapat bertindak balas dalam situasi yang berbeza dengan pelbagai cara.
                    Sekiranya diaplikasikan dengan cara yang betul, teori ini dapat memberikan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan proses pembelajaran dan membantu pelajar serta guru.  Ia membuktikan teknologi adalah bahagian penting dalam pembelajaran. Teknologi membantu pelajar memahami, mengekal dan menggunakan semula pengetahuan yang diperoleh. Ini menjadikan pelajar mempunyai pemikiran yang ktirikal dan reflektif.
                    Berdasarkan prinsip-prinsip asas ketidakserasian kognitif, boleh dikatakan ketidakserasian berlaku apabila wujud dua pemikiran atau kognitif yang bercanggah ataupun tidak serasi. Ketidakserasian ini hanya dapat dikurangkan melalui perubahan sikap dan tindakan, mencari sokongan kognitif orang lain ataupun menolak segala ketidakserasian yang dianggap tidak relevan ataupun tidak penting.
                    Untuk pengetahuan semua, setiap deria perlu diorganisasikan serta diinterpretasikan supaya membawa makna yang lebih dalam kehidupan manusia seharian. Pengamatan bukan satu proses yang lazim keran aia tidak berlaku secara automatik. Pengamatan adalah suatu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang pasti memberi makna kepada dirinya. Sememangnya organ deria menjadi jalan masuk semua rangsangan ke dalam tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia.
                    Bagi pemikiran kreatif pula, ia dikaitkan dengan pemikiran asal dan kewujudan idea-idea baru. Lazimnya, pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesuatu seperti lukisan, sajak, teori saintifik dan lain-lain. Ia juga melibatkan keberanian mencabar strategi seperti berkebolehan  melihat situasi daripada sudut berlainan.
                    Oleh yang demikian, gaya kognitif ini dirujuk sebagai cara individu memproses maklumat. Gaya dihuraikan sebagai mod tipikal pemikiran, mengingat ataupun menyelesaikan masalah seseorang individu. Memiliki keupyaan ini dianggap berfaedah sementara memiliki gaya kognitif yang khusus pula melambangkan kecenderungan bertingkah laku dalam beberapa keadaan. Gaya kognitif lazimnya dihuraikan sebagai dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap, nilai dan interaksi sosial individu. Proses Kreatif melibatkan aplikasi pengalaman lepas ataupun idea-idea dalam cara baru yang mana kemahiran kognitif yang tertentu seperti kelancaran, kelenturan, visualisasi, imaginasi, luahan dan keterbukaan seakan-akan menggariskan tingkah laku kreatif. Kreativiti dalm konteks penerokaan saintifik adalah berbentuk penyelesaian masalah (Langley et.al., 1987). Mencari masalah dan merumuskannya melibatkan proses kognitif yang sama dengan tingkah laku penyelesaian maslalah yang lain. 



Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku
HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan cara berfikir menggunakan pelbagai kefahaman dalam membuat keputusan. Dengan berfikir, segala masalah dalam hidup dapat diselesaikan dengan mudah.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menerangkan bagaimana menggunakan pancaindera bagi meningkatkan kemahiran pengamatan. Ini termasuk menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,digunakan bagi membina pemikiran kritis. Antaranya, penekanan pengajaran bagi menyelesaikan masalah iaitu membincangkan isu-isu kritikal dan pemikiran logik.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Pengetahuan serta pemhaman berkaitan dengan konsep pembelajaran dan perspektif kognitf penting bagi menyediakan peluang-peluang pembelajaran kepada para pelajar. Ia adalah sumber-sumber dan kemahiran yang mencerminkan cara individu memperoleh pengetahuan, memproses, mentafsir dan juga menggunakannya dalam kehidupan seharian. Ia juga memberi peluang kepada kita memahami pelbagai domain ilmu pengetahuan. Dan seterusnya ia membenarkan kita membuat penilaian, generalisasi dan pemilihan kaedah serta strategi pembelajaran yang bakal digunakan dalam kehidupan seharian.

HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan

Gaya kognitif ini dirujuk sebagai cara individu memproses maklumat. Gaya dihuraikan sebagai mod tipikal pemikiran, mengingat ataupun menyelesaikan masalah seseorang individu.

Memiliki keupyaan ini dianggap berfaedah sementara memiliki gaya kognitif yang khusus pula melambangkan kecenderungan bertingkah laku dalam beberapa keadaan.

Gaya kognitif lazimnya dihuraikan sebagai dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap, nilai dan interaksi sosial individu.
HP5
Sumber; buku   

Aplikasi kognitif dalam pendidikan oleh Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya,  dan Fawziah Yahya. 2005. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 347 halaman. Mengandungi indeks, Bibliografi : ms.292, ISBN 983-3376-01-0


HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog




Sunday, March 20, 2011

JURNAL 5

What Research Tells Us About Teaching Thinking Skills.
Barry K.Beyer.2008.  What Research Tells Us About Teaching Thinking Skills. The Social Studies. : 223-232


Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran kemahiran berfikir adalah satu implikasi yang sangat penting di dalam bilik darjah  untuk mengembangkan cara berfikir pelajar. Di dalam kajian ini, pelbagai jenis kemahiran berfikir dan komponen kemahiran dicadangkan untuk kegunaan dalam bilik darjah. Pengkaji turut menjelaskan bahawa teknik pengajaran dan strategi pengajaran yang dicadangkan untuk memperkenalkan kemahiran berfikir, latihan sebagai panduan kepada kemahiran berfikir dan pengajaran kepada pelajar untuk memindahkan kemahiran berfikir kepada konteks yang berbeza.

Apa yang boleh diajari mengenai Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir ini merupakan alatan asas bagi kemahiran berfikir yang efektif. Dua jenis kemahiran berfikir yang telah dikenal pasti bagi kegunaan di dalam kelas ialah: Kepentingan mengajar Kemahiran Berfikir dan Komponen atau bahan-bahan Mengajar Kemahiran Berfikir. Pengkaji dalam kognisi telah menjumpai penguasaan bagi 4 kemahiran berfikir yang sesuai kepada pelajar untuk menjadi seorang pembaca, penulis dan pelajar yang efektif dalam mengklasifikasikan, menyusun dan meramal. Kemahiran berfikir ini sebenarnya sangat berguna dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat kesimpulan, menganalisis pelbagai sumber dan mengenal pasti penyebab dan akibat yang mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir secara kritikal.

Mengajar Kemahiran Berfikir
Dalam pelbagai kes, setiap kali peningkatan berfikir berlaku ia melibatkan kepada terhasilnya satu produk melalui pengalaman sebagai satu kumulatif dan proses pembangunan kemahiran berfikir. Arahan secara terus dalam kemahiran berfikir ialah membuat perbezaan  dengan cara yang lain untuk mengajar kemahiran berfikir dengan menyediakan penerangan yang lengkap dan pemodelan yang jelas mengikut langkah demi langkah bagi strategi kemahiran berfikir arau prosedur dan peraturan. Kemahiran berfikir juga merupakan satu penguasaan bagi pengalaman yang mana mengikut pengenalan yang jelas mengenai prosedur kemahiran baru.
Memperkenalkan Kemahiran Berfikir

Secara kesimpula daripada subtopik ini ialah, antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Bantuan dan Sokongan dalam Latihan Kemahiran Berfikir
Di antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir di kalangan pelajar adalah seperti berikut:

(a) Perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir;
(b) Berfikir secara aktif - pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat pengurusan berfikir;
(c) Berfikir tentang proses berfikir - pelajar disoal tentang proses berfikir yang telah mereka lakukan;
d) Kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan;
(e) Aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.

Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar

Manakala kesimpulan bagi subtopik ini pula adalah mengenai bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks
pengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud. Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak sebagai bahan pengajaran.


Mengajar Kemahiran Berfikir dipindahkan

1.    Teknik untuk mengajar kemahiran berfikir
2.    Strategi Pengajaran untuk memindahkan cara pengajaran kemahiran berfikir

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pendidikan latihan berfikir perlu diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Latihan ini bukan hanya ditekankan kepada pelajar-pelajar yang telah dapat menunjukkan pencapaian tinggi di dalam mata pelajaran akademik, malah latihan ini perlu disarankan kepada pelajar yang lemah supaya dapat meningkatkan lagi taraf pembelajaran mereka. Guru-guru perlu mengambil daya inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar dengan cara mereka sendiri. Salah satu aspek yang diperlukan oleh murid-murid apabila mereka belajar berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah mereka pelajari itu kepada situasi-situasi lain.


Bila dan di mana untuk mengajar Kemahiran Berfikir
Terdapat beberapa prinsip berfikir yang diusulkan oleh Dr. Edward de Bono, antaranya ialah:
      i.        Apa tujuan kita berfikir?
Semasa berfikir, berhenti sejenak. Tanya pada diri sendiri, apa tujuan asal kita berfikir? Apa yang cuba kita capai? Apa hasil yang kita harapkan? Apa teknik yang kita gunakan? Kalau kita tidak berhenti dan bertanya semula perkara-perkara itu, nanti kita berfikir berputar-putar dan fikiran kita hanyut entah ke mana. Lain tujuan asal kita, lain yang kita fikirkan.

    ii.        Apa hasil pemikiran saya?
Kita mesti menentukan dengan jelas apa hasil yang hendak kita perolehi apabila berfikir. Kalau tidak, nanti sia-sia sahaja kita berfikir. Apakah kita mahu mencari idea alternatif, membuat pilihan dan keputusan, membuat kesimpulan, membuat penilaian atau apa? Kenapa kita yakin hasil pemikiran itu boleh jalan? Cuba fikirkan baik-baik. Setelah habis berfikir, apa yang hendak kita buat? Kita perlu fikirkan tindakan-tindakan lanjut yang akan kita buat.

   iii.        Beri tempat pada emosi dan perasaan:
Dalam logik kita tidak dibenarkan berfikir dengan menggunakan emosi dan perasaan. Ini memang betul, terutama dalam bidang sains dan matematik. Di luar kedua-dua bidang itu, berfikir selalu melibatkan manusia. Oleh yang demikian, emosi dan perasaan menjadi penting. Kita perlu ambil kira emosi dan perasaan orang lain. Oleh itu sewaktu berfikir kita boleh menggunakan emosi dan perasaan kita sendiri. Tetapi jangan gunakan emosi dan perasaan sebelum kita melihat segala alternatif dan kemungkinan. Kalau itu kita lakukan, ia akan menyempitkan persepsi kita. Akibatnya, kita tidak dapat mencari atau mencipta sebanyak-banyak alternatif. Oleh itu fikirkan alternatif-alternatif dahulu, kemudian baru gunakan emosi dan perasaan sewaktu membuat pilihan dan keputusan.

Kesimpulan

Tujuan berfikir adalah untuk mengumpul maklumat dan mengunakannya sebaik mungkin. Oleh sebab cara minda bekerja untuk menghasilkan corak-corak konsep yang ditetapkan kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya maklumat baru, melainkan dengan mengubahsuai corak- corak pemikiran lama dan mengemaskinikannya. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan, usaha itu mengguna fakulti kognitif untuk melaksanakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis dalam proses kemahiran berfikir ini, di antara ketiga-tiga kemahiran ini tujuan utamanya adalah menuju ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran, ketiga-tiga kategori di bawah ini harus kita lihat secara menyeluruh.
1. Kemahiran berfikir secara kreatif.
2. Kemahiran berfikir secara kritis.
3. Kemahiran berfikir secara analisis.


Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        Apa yang boleh dipelajari mengenai kemahiran berfikir serta komponen-komponennya
     ii.        Menjelaskan mengenai mengajar kemahiran berfikir dan memperkenalkan kemahiran berfikir kepada pelajar.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam  Bantuan dan Sokongan dalam Latihan Kemahiran Berfikir iaitu terdiri daripada:
      i.        Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar
     ii.        Mengajar Kemahiran Berfikir dipindahkan
    iii.        Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir
   iv.        Bila dan di mana untuk mengajar Kemahiran Berfikir


HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan


HP5
Sumber; jurnal  The Social Studies. : 223-232.

http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf



HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog