Sunday, March 20, 2011

JURNAL 4

Content Analysis in Computer-Mediated Communication: Analyzing Models for Assessing Critical Thinking Through the Lens of Social Constructivism



B.Vasa. & D.Kara. (2008). Content Analysis in Computer-Mediated Communication: Analyzing Models for Assessing Critical Thinking Through the Lens of Social Constructivism. The Amer. Jrnl. of Distance Education. 22: 130–145


Pengenalan

Kajian bagi artikel ini adalah mengenai kandungan analisis yang bertujuan untuk mencapai pemikiran kritikal di dalam ‘Computer-mediated.communication’ (CMC). Turut menyediakan perbincangan mengenai teori-teori dan kandungan model analisis yang menggalakkan kemahiran berfikir secara kritikal dalam persekitataran pembelajaran asynchronous dan kajian semula mengenai faktor yang mana ia merangsang kemahiran berfikir secara kritikal dan membina pengetahuan yang baru.


      i.        Pemikiran Kritikal dan Konstruktivisme Sosial: Persekitaran arena baru.


Bagi pembelajaran jarak jauh, pelajar perlu menggunakan serta menalakkan 3 jenis interaksi iaitu: kandungan-pembelajar, pengajar-pembelajar ,dan pembelajar-pembelajar. Pendapat ini adalah menurut Moore (1989). Manakala, pengkaji lain turut berpendapat bahawa, yang mana pembelajaran dalam komuniti yang berlaku melalui interaksi dengan 2 elemen iaitu adanya kognitif, wujudnya pengajaran dan interaksi sosial. Interaksi ini dikategorikan ke dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Walau bagaimanapun, idea-idea ini berhubung dengan interaksi dalam pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran dalam talian. Pembelajaran ini selalunya mengambil tempat apabila berlakunya interaksi yang memberangsangkan antara pelajar dan antara pelajar dan guru-guru.
            Kewujudan teori kognitif ini adalah satu elemen penting dalam pemikiran kritikal. Ini kerana, pemikiran kritikal ini merupakan proses dan hasil yang sering kali dipersembahkan sebagai kononnya matlamat bagi semua pendidikan di peringkat tinggi. Pemikiran kritikal boleh dirujuk kepada tahap yang paling tinggi dalam taxonomi Bloom termasuklah analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritikal ini menjadikan kita untuk sentiasa berfikir kepada perkara yang difokuskan kepada penentuan mengenai apa yang kita percaya untuk kita lakukan perkara tersebut.
            Oleh yang demikian pelajar perlu lebih berfikiran ke hadapan dengan menggunakanserat menerapkan kemudahan berfikir secara kritikal dalam perbincangan secara asynchrounous, web-based dan lain-lain pembelajaran secara maya. Asynchrounous ini adalah komunikasi menggunakan elektronik antara individu (pelajar) yang mana tidak boleh berkomunikasi dalam keadaan bersemuka atau in real-time.






    ii.        Kandungan Model Analisis untuk mencapai Pemikiran Kritikal



Kandungan analisi ini merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat yang dingini daripada sesuatu bahan secara sistematik dan mengenalpasti secara objektif mengenai sesuatu ciri-ciri bagi bahan-bahan tersebut. Dalam CMC, kandungan analisis ini ialah metodologi kajian yang digunakan untuk menentukan prosedur bagi memastikan kesahihan inferens daripada teks. Peluang CMC ini dibuka kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pensyarah, kandungan kursus dan rakan-rakan pelajar yang lain. Tarnskrip daripada CMC ini berpotensi untuk digunakan sebagai bahan dalam mencari bukti bagi pemikiran kritikal dan pembinaan pengetahuan sendiri menggunakan analisis data atau teks. Banyak pengkaji melakukan percubaan untuk menilai kemahiran pemikiran kritikal dalam CMC dengan menggunakan kandungan model-model analisis.

   iii.        Model Praktikal Inkuiri dalam Komuniti bagi rangka kerja Inkuiri.

Komuniti bagi rangka kerja inkuiri ini dibangunkan oleh Garrison, Anderson dan Archer (2000). Mereka berpendapat bahawa komuniti bagi inkuiri ialah rangka kerja bagi konseptual dan alatan untuk menyokong pengalaman pendidikan yang berfaedah dalam CMC. Pada dasarnya, model bagi komuniti inkuiri ini terdiri daripada 3 elemen bagi transaksi pendidikan iaitu wujudnya kognitif, interaksi sosial dan proses pengajaran. Untuk mencapai tahap kognitif ini, , Anderson dan Archer mengusulkan model praktikal inkuiri ini mengandungi 4 tahap: triggering event, exploration, integration, and resolution. Oleh yang demikian, model ini merupakan refleksi bagi prose pemikiran kritikal dan mempersembahkan teori kognitif dalam komuniti melalui rangka kerja inkuiri tersebut.



   iv.        Pemikiran Kritikal untuk Kandungan Model Analisis

Model Newman, Webb, and Cochrane (1995) dan Newman et al. (1997) menfokuskan kepada pencapaian pemikiran krtikal dalam CMC. Model ini berdasarkan kepada Henri’s (1991) kemahiran critical-reasoning, teori Garrison (1992) berkenaan dengan teori pemikiran kritikal dan pengalaman kajian mereka sendiri. Model ini diusulkan kepada 7 set bagi petunjuk secara berpasangan untuk mengukur pemikiran berfikir secara kritikal pelajar dalam perbincangan.




Kesimpulan


Secara kesimpulannya, Teori pembelajaran Kontruktivisme sosial yang dikenali juga sebagai teori konstruktivisme. Ia telah diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1986-1934). Menurut vygotsky, interaksi sosial memainkan peranan penting dalam pembangunan kognitif kanak-kanak dan pelajar. Teori ini lebih menekankan kepada peranan pengajaran dan interaksi sosial bagi perkembangan pengetahuan.

ii. Andaian asas teori ini ialah:

  • Orang dewasa mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan informal
  • Setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik
  • Pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi
  • Kanak-kanak atau individu memimpin diri melalui self talk (inner speech).
  • Kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika dibimbing.
  • Tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda
  • Bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar

iii. Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan ‘mental tools’ (dan bahasa) kepada kanak-kanak atau pelajar semasa interaksi.

iv. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).

Kaitkan dengan kreativiti
Dalam teori pembelajaran ini ada menyatakan bahawa kanak-kanak akan memimpin diri mereka sendiri malalui self talk (inner speech). Melalui inner speech ini, kanak-kanak akan membuat tingkah laku berdasarkan pengalaman mereka serta mengikut situasi persekitaran mereka. Ia sebenarnya secara tidak langsung dapat mendidik diri kanak-kanak untuk belajar berfikir. Dan dengan mengaitkannya situasi persekitaran mereka, mereka secara tidak langsungnya juga akan mengaplikasikan apa yang dilihatnya dan mengulang tingkah laku tersebut mengikut kreativiti mereka dan tahap pemikiran mereka.


Perkaitan teori ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer secara dalam talian.

Pembelajaran menjadi suatu pengalaman dan menjadi maklum balas kepada pelajar-pelajar dan guru. Para guru perlu menggalakkan pelajar bersosial dan membuat aktiviti luar seperti membuat aktiviti amal seperti kursus komputer di luar kampus dan secara dalam talian dengan mengakses laman web yang mempunyai tutorial mengenai topik yang dipelajari. Oleh yang demikian ia dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat luar seterusnya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran pelajar-pelajar.



Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        Penerangan mengenai apa itu kognitif dan konstruktivisme.
     ii.        Menerapkan penggunaan model praktikal inkuiri bagi mengukur tahap kognitif dalam CMC.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam pengenalan  mengenai
      i.        pemikiran kritikal dan konstruktivisme sosial.
     ii.        Kandungan Model Analisis untuk mencapai tahap pemikiran secara kritikal.
    iii.        Aplikasi Model Inkuiri dalam CMC.  

HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan


HP5
Sumber; jurnal dari    Amer. Jrnl. of Distance Education. 22: 130–145

HP6
 Penyampaian dalam blog

HP7
 Penyampaian dalam blog




No comments:

Post a Comment