Sunday, March 20, 2011

JURNAL 5

What Research Tells Us About Teaching Thinking Skills.
Barry K.Beyer.2008.  What Research Tells Us About Teaching Thinking Skills. The Social Studies. : 223-232


Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran kemahiran berfikir adalah satu implikasi yang sangat penting di dalam bilik darjah  untuk mengembangkan cara berfikir pelajar. Di dalam kajian ini, pelbagai jenis kemahiran berfikir dan komponen kemahiran dicadangkan untuk kegunaan dalam bilik darjah. Pengkaji turut menjelaskan bahawa teknik pengajaran dan strategi pengajaran yang dicadangkan untuk memperkenalkan kemahiran berfikir, latihan sebagai panduan kepada kemahiran berfikir dan pengajaran kepada pelajar untuk memindahkan kemahiran berfikir kepada konteks yang berbeza.

Apa yang boleh diajari mengenai Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir ini merupakan alatan asas bagi kemahiran berfikir yang efektif. Dua jenis kemahiran berfikir yang telah dikenal pasti bagi kegunaan di dalam kelas ialah: Kepentingan mengajar Kemahiran Berfikir dan Komponen atau bahan-bahan Mengajar Kemahiran Berfikir. Pengkaji dalam kognisi telah menjumpai penguasaan bagi 4 kemahiran berfikir yang sesuai kepada pelajar untuk menjadi seorang pembaca, penulis dan pelajar yang efektif dalam mengklasifikasikan, menyusun dan meramal. Kemahiran berfikir ini sebenarnya sangat berguna dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat kesimpulan, menganalisis pelbagai sumber dan mengenal pasti penyebab dan akibat yang mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir secara kritikal.

Mengajar Kemahiran Berfikir
Dalam pelbagai kes, setiap kali peningkatan berfikir berlaku ia melibatkan kepada terhasilnya satu produk melalui pengalaman sebagai satu kumulatif dan proses pembangunan kemahiran berfikir. Arahan secara terus dalam kemahiran berfikir ialah membuat perbezaan  dengan cara yang lain untuk mengajar kemahiran berfikir dengan menyediakan penerangan yang lengkap dan pemodelan yang jelas mengikut langkah demi langkah bagi strategi kemahiran berfikir arau prosedur dan peraturan. Kemahiran berfikir juga merupakan satu penguasaan bagi pengalaman yang mana mengikut pengenalan yang jelas mengenai prosedur kemahiran baru.
Memperkenalkan Kemahiran Berfikir

Secara kesimpula daripada subtopik ini ialah, antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Bantuan dan Sokongan dalam Latihan Kemahiran Berfikir
Di antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir di kalangan pelajar adalah seperti berikut:

(a) Perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir;
(b) Berfikir secara aktif - pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat pengurusan berfikir;
(c) Berfikir tentang proses berfikir - pelajar disoal tentang proses berfikir yang telah mereka lakukan;
d) Kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan;
(e) Aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.

Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar

Manakala kesimpulan bagi subtopik ini pula adalah mengenai bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks
pengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer. Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud. Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak sebagai bahan pengajaran.


Mengajar Kemahiran Berfikir dipindahkan

1.    Teknik untuk mengajar kemahiran berfikir
2.    Strategi Pengajaran untuk memindahkan cara pengajaran kemahiran berfikir

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pendidikan latihan berfikir perlu diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Latihan ini bukan hanya ditekankan kepada pelajar-pelajar yang telah dapat menunjukkan pencapaian tinggi di dalam mata pelajaran akademik, malah latihan ini perlu disarankan kepada pelajar yang lemah supaya dapat meningkatkan lagi taraf pembelajaran mereka. Guru-guru perlu mengambil daya inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar dengan cara mereka sendiri. Salah satu aspek yang diperlukan oleh murid-murid apabila mereka belajar berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah mereka pelajari itu kepada situasi-situasi lain.


Bila dan di mana untuk mengajar Kemahiran Berfikir
Terdapat beberapa prinsip berfikir yang diusulkan oleh Dr. Edward de Bono, antaranya ialah:
      i.        Apa tujuan kita berfikir?
Semasa berfikir, berhenti sejenak. Tanya pada diri sendiri, apa tujuan asal kita berfikir? Apa yang cuba kita capai? Apa hasil yang kita harapkan? Apa teknik yang kita gunakan? Kalau kita tidak berhenti dan bertanya semula perkara-perkara itu, nanti kita berfikir berputar-putar dan fikiran kita hanyut entah ke mana. Lain tujuan asal kita, lain yang kita fikirkan.

    ii.        Apa hasil pemikiran saya?
Kita mesti menentukan dengan jelas apa hasil yang hendak kita perolehi apabila berfikir. Kalau tidak, nanti sia-sia sahaja kita berfikir. Apakah kita mahu mencari idea alternatif, membuat pilihan dan keputusan, membuat kesimpulan, membuat penilaian atau apa? Kenapa kita yakin hasil pemikiran itu boleh jalan? Cuba fikirkan baik-baik. Setelah habis berfikir, apa yang hendak kita buat? Kita perlu fikirkan tindakan-tindakan lanjut yang akan kita buat.

   iii.        Beri tempat pada emosi dan perasaan:
Dalam logik kita tidak dibenarkan berfikir dengan menggunakan emosi dan perasaan. Ini memang betul, terutama dalam bidang sains dan matematik. Di luar kedua-dua bidang itu, berfikir selalu melibatkan manusia. Oleh yang demikian, emosi dan perasaan menjadi penting. Kita perlu ambil kira emosi dan perasaan orang lain. Oleh itu sewaktu berfikir kita boleh menggunakan emosi dan perasaan kita sendiri. Tetapi jangan gunakan emosi dan perasaan sebelum kita melihat segala alternatif dan kemungkinan. Kalau itu kita lakukan, ia akan menyempitkan persepsi kita. Akibatnya, kita tidak dapat mencari atau mencipta sebanyak-banyak alternatif. Oleh itu fikirkan alternatif-alternatif dahulu, kemudian baru gunakan emosi dan perasaan sewaktu membuat pilihan dan keputusan.

Kesimpulan

Tujuan berfikir adalah untuk mengumpul maklumat dan mengunakannya sebaik mungkin. Oleh sebab cara minda bekerja untuk menghasilkan corak-corak konsep yang ditetapkan kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya maklumat baru, melainkan dengan mengubahsuai corak- corak pemikiran lama dan mengemaskinikannya. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan, usaha itu mengguna fakulti kognitif untuk melaksanakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis dalam proses kemahiran berfikir ini, di antara ketiga-tiga kemahiran ini tujuan utamanya adalah menuju ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran, ketiga-tiga kategori di bawah ini harus kita lihat secara menyeluruh.
1. Kemahiran berfikir secara kreatif.
2. Kemahiran berfikir secara kritis.
3. Kemahiran berfikir secara analisis.


Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        Apa yang boleh dipelajari mengenai kemahiran berfikir serta komponen-komponennya
     ii.        Menjelaskan mengenai mengajar kemahiran berfikir dan memperkenalkan kemahiran berfikir kepada pelajar.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam  Bantuan dan Sokongan dalam Latihan Kemahiran Berfikir iaitu terdiri daripada:
      i.        Bahan Asas dan Bahan Bantu Mengajar
     ii.        Mengajar Kemahiran Berfikir dipindahkan
    iii.        Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir
   iv.        Bila dan di mana untuk mengajar Kemahiran Berfikir


HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan


HP5
Sumber; jurnal  The Social Studies. : 223-232.

http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf



HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog







No comments:

Post a Comment